Teori relativiti Einstein

Einstein postulated bahawa 
1)Kelajuan cahaya itu malar atau constant.
Tak kiralah sama ada punca cahaya atau pemerhati tu statik ataupun bergerak.

Contohnya,

Cahaya bergerak dgn kelajuan 3x10^8 meter dalam masa sesaat
Sama ada kita tengah berlari atau dalam keadaan statik,cahaya punya kelajuan masih lg sama.

2)Tapi berlainan pula dengan jarak,masa dan jisim.
Kesemuanya adalah relatif kepada pemerhati.

Contohnya,
Kalau si A pegang sebiji bola di dalam kereta yang bergerak dgn kelajuan 50 km/h,
berapa kelajuan bola tersebut?

Di sini ada dua cara untuk jawab soalan tu,
Pertama,
Bola tu tak bergerak RELATIF kepada si A,

Kedua,
Bola tu bergerak dengan kelajuan 50 km/h RELATIF kepada orang yang berada kat luar kereta.

Contoh kedua;

bayangkan ada dua buah kereta,
kereta A bergerak dgn kelajuan 40km/h
dan kereta B bergerak dgn kelajuan 30km/h,

Kelajuan kereta A relatif kepada kereta B cuma 10 km/h,
tapi kalau orang kat sebelah jalan ukur kelajuan kereta A,
Dia akan dapat kelajuan kereta A tu 40 km/h

Jadi itulah serba sedikit pasal kerelatifan ni.

Disebabkan relativity ni la kita ada Time dilation.
Tak tahu mcm mana nak translate time dilation ni dalam bahasa inggeris,
rasanya 'pengembangan masa'

Time dilation ni secara asasnya macam ni,
-jika objek tu bergerak laju, masa yang objek alami lagi lambat daripada masa pemerhati yang statik.
-semakin laju objek tu bergerak,semakin ketara perbezaan masa antara objek dengan pemerhati tu.

Contohnya,

katakan kita ada satu situasi,
Si A ada dalam roket yang bergerak dengan kelajuan 90% drpd kelajuan cahaya,
Si B yang sedang memerhati roket tu berada statik kat bumi.
Jam tangan si B menunjukkan 20 minit sudah berlalu,
tapi jam tangan si A hanya menunjukkan baru 10 minit berlalu.
Perbezaan masa ni la yang dipanggil 'Time Dilation'

Satu lg contoh untuk time dilation ni,

katakan kita ada situasi macam ni,
Ahmad naik roket dengan kelajuan 90% daripada kelajuan cahaya
Umur dia masa berlepas tu 20 tahun,
Dia berada dalam roket tu selama 10 tahun(drpd permerhatian Ahmad),

Pada masa yang sama,
Abu,kawan si Ahmad yang kerja kat KFC,
umur si Abu masa Ahmad ke angkasa juga 20 tahun.

Selepas 10 tahun si Ahmad balik ke bumi,
Umur Ahmad baru 30 tahun,
tapi umur Abu dah  43 tahun!

Sebab 10 tahun Ahmad yang bergerak dengan kelajuan 90% daripada kelajuan cahaya,
bersamaan dengan 23 tahun untuk si Abu kat bumi ni.
Itulah yang dimaksudkan dengan time dilation.

Time will be slower as the speed of the moving object approaches the speed of light


Formula untuk Time dilation:

 
 T: masa dari pemerhati
To: masa untuk objek yang bergerak
v: kelajuan objek
c: kelajuan cahaya = satu pemalar



Daripada formula dan persamaan ni,kita boleh conclude,
1) kelajuan objek tak boleh melebihi kelajuan cahaya.
-Secara matematiknya,kalau v lg besar drpd c,
(v/c) akan besar daripada 1.
-1 tolak nilai yang lagi besar daripada satu,kita akan dapat nilai negatif pd pengangka(denominator).
-dan punca kuasa dua untuk sesuatu nilai negatif = nombor khayalan (imaginary number)

Antara satu lagi sebab kenapa kita tak boleh bergerak lebih laju drpd cahaya:

mana-mana objek yang kelajuannya menghampiri nilai c (kelajuan cahaya),
jisim objek tersebut akan meningkat.

semakin dekat kelajuan objek tu dengan kelajuan cahaya,
semakin besar jisim objek tu.

Jadi,mengikut albert einstein punya persamaan:

E = mc^2

Jika nilai m besar, nilai E juga akan meningkat.
Jadi untuk membuatkan sesuatu objek dengan jisim yang besar bergerak pada kelajuan cahaya c,
Kita perlukan tenaga(energy,E) yang terlalu besar yang mana sangat mustahil.


jisim sebenarnya bukan constant,
jisim ni berubah,
cuma dalam kehidupan kita,
kelajuan kita/objek terlalu kecil jika dibandingkan dengan kelajuan cahaya,
jadi perubahan jisim yang kita alami,boleh diabaikan sbb terlalu kecil.

Nota tambahan
Itulah serba sedikit apa yang aku faham dan cuba untuk sampaikan,
Agak teruk sikit sebab pengetahuan aku dalam bidang ni amat sedikit,
dan kekurangan istilah sains dalam bahasa melayu.
Kalau ada silap,silalah betulkan.
















Comments

aleesaHAHA said…
pergggh
*tepukan gemuruh ke bakal Dr*
HusnaSenn said…
Tapi bgus la... Aku bru paham...hoho, aku dlu blaja men2.... Huhu, amek master bru nk hargai ilmu..hoho... Lmbat ksedaran aku ni..huhu

Popular posts from this blog

Basikal 'baru'

Kad Raya dan sekeping Poskad