Posts

Showing posts from June, 2014

Baju Raya

Macam biasa, kalau hujung bulan 6 biasanya ada 'sale' di jerman, Sale di jerman bukan sale kurang seringgit dua mcm di malaysia. Baju raya adik-adik sudah pun dibeli, Excited diorang nak pakai baju raya nnt, Malangnya aku tak balik raya tahun ni. Tak de duit, Tak dapat elaun master lg :( lagipun aku baru je balik malaysia bulan 1 haritu, dua bulan pulak tu kat malaysia. paling lama setakat ni Puasa dan raya di perantauan ni memang tak best tapi apa pilihan lain yang aku ada? krik krik krik Salam Ramadhan dari ana kepada enta semua hiks!

Profesor

Antara salah satu sebab kenapa aku hormat gila prof jerman, Diorang boleh dikritik dan boleh ditegur. Petang tadi Prof minta feedback, Dia nak tahu apa yang kurang dlm lecutre, apa yang boleh diperbaiki, apa yang tak bagus. Memandangkan subjek ni agak susah, dan aku rasa 98% pelajar tak faham, memang tadi kami 'kritik' kaw kaw, Aku pun ada bgtau apa benda yg aku tak suka dlm lecture tu, terpaksa, sbb mmg aku tak faham langsung subjek tu. Aku rasa kalau orang malaysia tgok td, mungkin dia akan ckp orang jerman tak hormat prof, sbb di Malaysia,adab dengan cikgu ni mmg penting gila kot, even kalau buat cikgu marah,terus rasa tak selesa satu hari tu. tapi prof tak kisah langsung, cool je, tenang je dengar kami punya luahan. benda yang kami tak puas hati,dia tny mcm mana dia boleh perbaiki, benda yang kurang,dia tny apa yg sepatutnya dia buat. Honestly,if I were in his shoes,I wont be able to stay cool like he did It is really not easy. Hats off!

Cloud Storage

Image
Ada banyak syarikat yag tawarkan servis ni, Contohnya Dropbox,Copy,Google drive dan lain-lain Sekarang ni aku guna Dropbox dan Copy, Cloud storage ni sangat sangat berguna, Antara fungsinya: a) Simpan files ( gambar,video,music dan lain-lain) b) Kongsi files dengan pengguna lain Katakan korang baru je balik dari satu trip, dan jurugambar untuk trip tu adalah kau, mestilah ramai yang minta gambar,betul tak? dan orang yang minta gambar tu bukan tinggal dekat dgn kita. Jadi cara paling mudah,kongsi dgn menggunakan servis cloud storage ni. 1.0)Cara nak guna dan masukkan files: 1.1)Install Dropbox atau Copy tu pada laptop dulu.Lepas install,akan ada icon dropbox dan copy tu pada laptop. Kotak warna biru tu Dropbox,gambar burung tu Copy. 1.2)Buka Dropbox folder atau Copy folder tu (klik logo tu,nnt akan keluar options) Untuk buka Dropbox folder,tekan logo file ( sebelah gambar 'bumi' yang bulat tu) Untuk buka Copy folder,mcm ni pulak 1.3)Bila da

Household debt

Memandangkan umur pun dah mencecah 24 tahun, Aku tak bolek elak diri untuk ambil tahu serba sedikit tentang ekonomi, Di kala orang lain yang sebaya sedang sibuk fikir tentang jodoh, tentang siapa bakal imam/makmum mereka, tentang macam mana majlis kahwin mereka nnt, tentang di mana tempat untuk berbulan madu, Bagi aku,ada satu topik yang jauh lebih berbaloi untuk difikir, jauh lebih berbaloi untuk dibimbangi. Hutang Baru lepas baca beberapa artikel pasal hutang seisi rumah. Dengan harga rumah yang melampau tinggi, harga kereta yang tidak masuk akal ( very poor price/performance ratio ) dan GST yang bakal menyusul tahun depan Aku rasa aku belum bersedia untuk masuk fasa ni. Apapun, Berbelanjalah di bawah kemampuan, Jangan terpengaruh, Sesetengah orang sanggup makan Maggi supaya nampak kaya, Tapi bagi aku, aku sanggup dilabel miskin daripada makan maggi. It's your choice.I choose the latter. Interesting articles 1   2   3

Kreislehrgarten Steinfurt

Image