Posts

Showing posts with the label UAS Münster

sikap

kali ni nak cerita serba sedikit tntg org jerman, kalau nk dibandingkan org kita dgn org jerman, bezanya ibarat langit dan bumi. kalau bandingkan dgn pak arab dgn org jerman, hanya Allah shj yg tahu bezanya. 1) jenis xmalu masa semester pertama, kelas fizik diadakan dlm dewan besar. sbb prof yg sama ajar pelajar jurusan lain jugak. jadi aku rs dlm dewan tu ada lebih kurang 200 pljr. nak dijadikan cerita,masa tu aku terlalu mengantuk, memang xfokus langsung prof tgh explain apa. dan tetiba hampir semua org dlm dewan angkat tangan. dgn gelabahnya,aku pun angkat tgn jugak. mana tahu ada bnda penting ke. lps tu prof tunding jari ke arah aku, "ja Sie bitte"-- "ha kamu di sana" Allah je tahu masa tu aku punya berdebar mcm mana. mati-mati ingt prof pilih aku. rupanya orang belakang. lps tu org belakang aku bgun,then dia jawab soalan. rupa-rupanya yg angkat tgn semua td tu berebut nk jawab soalan. serius ini 100% betul,bukan tipu. sambil berjalan pl...

Super Senior

Image
Senior satu jurusan, dia juga seorang pelajar jurusan kejuruteraan kimia. dia ni la yg bagi nasihat. nasihat supaya jgn sesekali fikir untuk balik bljr di malaysia. banyak tolong aku fahami Thermodynamik, bagi hints,bagi past years,bagi semangat. "InshaAllah,aku yakin mu buleh buat punya dil" ni ayat yg biasa dia lontarkan, bila aku rasa mana2 subjek tu susah. satu benda yg aku jeles, dia teramat bijak. jarang nampak dia study, tapi bila exam slalu score dan lulus. dapat senior yg bijak ni best pun ada. kadang-kadang rasa mcm LOSER pun ada. tapi apa yg penting,dah tahu dia bijok, aku guna otak dia se'maximum' mungkin.hehe. selamat pulang ilmie! satu hari nnt kita mungkin berjumpa di malaysia. tapi selepas aku dapat sekeping kertas putih (segulung ijazah) InshaAllah.

Semester Satu

mungkin post kali ni panjang sedikit. sekadar ingin luah perasaan. 3 Tahun lepas, Oktober 2010. aku mulakan hidup sebagai pelajar universiti. pelajar semester pertama kejuruteraan kimia. macam-macam perasaan ada. gembira,takut semua ada. gembira sebab ini kali pertama belajar di universiti. takut sbb aku tahu jurang perbezaan A-level dgn Uni amat jauh. Kelas pertama masa tu kelas  Technische Grundlage ( TG) , Grundlage bermaksud Asas. 2 jam setiap hari isnin. secara jujurnya,selepas 2 jam kelas TG ni, hanya 5% yg aku faham. lagi 95% ke Laut china selatan. apa yg mampu aku buat masa tu hanya salin vocabs. Kecewa,kecewa kuasa tiga belas,dibahagi dua. kecewa dgn diri sendiri. rasa mcm diri ni bodoh pun ada. rasa nak menangis. pulang ke rumah sambil berfikir, berfikir mcm mana aku nak hbiskan lg 4 sem yg mendatang, klu semester pertama pun terumbang ambing. setibanya aku di rumah,aku hantar satu sms kpd mama. ''ok lah mama o...