Semester Satu
mungkin post kali ni panjang sedikit.
sekadar ingin luah perasaan.
3 Tahun lepas, Oktober 2010.
aku mulakan hidup sebagai pelajar universiti.
pelajar semester pertama kejuruteraan kimia.
macam-macam perasaan ada.
gembira,takut semua ada.
gembira sebab ini kali pertama belajar di universiti.
takut sbb aku tahu jurang perbezaan A-level dgn Uni amat jauh.
Kelas pertama masa tu kelas Technische Grundlage ( TG),
Grundlage bermaksud Asas.
2 jam setiap hari isnin.
secara jujurnya,selepas 2 jam kelas TG ni,
hanya 5% yg aku faham.
lagi 95% ke Laut china selatan.
apa yg mampu aku buat masa tu hanya salin vocabs.
Kecewa,kecewa kuasa tiga belas,dibahagi dua.
kecewa dgn diri sendiri.
rasa mcm diri ni bodoh pun ada.
rasa nak menangis.
pulang ke rumah sambil berfikir,
berfikir mcm mana aku nak hbiskan lg 4 sem yg mendatang,
klu semester pertama pun terumbang ambing.
setibanya aku di rumah,aku hantar satu sms kpd mama.
''ok lah mama ore belajar di Münster ni,susoh tu susoh jugok''
tidak sanggup nak call.mama mmg boleh detect bila anak dia sedih.
Aku tidak bermotivasi,tidak bersemangat untuk teruskan bljr di jerman.
sampai satu tahap aku fikir untuk balik buat degree di Malaysia.
Senior-senior agak terkejut.
Atas nasihat diorang,aku buang pemikiran negatif macam tu.
tapi nasihat senior tu tidak kekal lama.
lepas dua tiga minggu rasa down tu datang lagi.
motivasi aku masa tu mmg kosong.
aku perlu seseorang utk bagi motivasi.
masa tu lah aku call cikgu mariah.
ckgu kelas dan ckgu matematik tambahan 6 tahun lepas.
'' cikgu rasa masalah awak sbnrnya idil,awak takut berdepan dgn kegagalan,
cikgu faham,sebab masa cikgu study di US pun macam tu.Dulu di sekolah
selalu score,xpernah dapat markah rendah atau fail mana2 subjek''
''kita ni Idil,xselalu di atas.kadang-kadang kita kena let go perasaan yg kita ni terer dan kita
kena start balik dari bawah''
''teruskan berusaha,jgn pernah berhenti berusaha,lepas tu berserah pada ALLAH,
biar ALLAH tentukan sama ada jerman ni untuk awak ataupun tidak''
Serius,tersentap dgn kata-kata cikgu mariah.
2 Jam lebih cakap dgn cikgu mariah.
dan Alhamdulillah,
kata-kata semangat daripada cikgu mariah amat membantu.
setiap kali rasa down atau malas,mesti recall ayat2 di atas.
dan semester pertama berjaya dihabiskan.
bersambung..
Comments
biar ALLAH tentukan sama ada jerman ni untuk awak ataupun tidak'
inspiring.motivating.demo sila sambung.