Cloud Storage

Ada banyak syarikat yag tawarkan servis ni,
Contohnya Dropbox,Copy,Google drive dan lain-lain
Sekarang ni aku guna Dropbox dan Copy,

Cloud storage ni sangat sangat berguna,
Antara fungsinya:
a) Simpan files ( gambar,video,music dan lain-lain)
b) Kongsi files dengan pengguna lain

Katakan korang baru je balik dari satu trip,
dan jurugambar untuk trip tu adalah kau,
mestilah ramai yang minta gambar,betul tak?
dan orang yang minta gambar tu bukan tinggal dekat dgn kita.

Jadi cara paling mudah,kongsi dgn menggunakan servis cloud storage ni.

1.0)Cara nak guna dan masukkan files:

1.1)Install Dropbox atau Copy tu pada laptop dulu.Lepas install,akan ada icon dropbox dan copy tu pada laptop.


Kotak warna biru tu Dropbox,gambar burung tu Copy.

1.2)Buka Dropbox folder atau Copy folder tu (klik logo tu,nnt akan keluar options)

Untuk buka Dropbox folder,tekan logo file ( sebelah gambar 'bumi' yang bulat tu)


Untuk buka Copy folder,mcm ni pulak


1.3)Bila dah buka Dropbox/Copy folder tu,maka proses untuk letak files amat senang.

Contoh: ada dua folder yang aku nak simpan dalam dropbox, folder 'Krakow trip' dan 'Stockholm trip'.
              Just drag folder tu ke dalam Dropbox folder.

Sebelum drag:

 Selepas drag:



untuk buktikan bahawasanya dua folder tadi dah disimpan 'online', pergi ke website dropbox,login,dan tengok dekat home:

Ni screen shot daripada website dropbox:


Ok? Beres? Faham setakat ni?

Sekarang aku nak explain cara nak kongsi files,folder dengan member:

Inipun relatively senang.

2.0)Cara kongsi folder menggunakan Dropbox/Copy

2.1)Buka Dropbox/Copy folder ( See 1.2)

2.2)Right click folder yang kita nak kongsi tu,pilih 'share this folder'.nnt akan keluar satu window di mana kau kena isi email penerima.


Gambar bawah ni bila kita tekan 'share this folder'.

Masukkan email penerima,dan tekan 'share folder'.Selesai! Penerima akan dapat satu email yang berbunyi lebih kurang mcm ni la:

'Idil Farhan wants to share a folder with you'

Buka email tu,tekan 'View Folder'.

Selesai.



















              

Comments

Popular posts from this blog

Basikal 'baru'