Loghat

Seperti yang diketahui umum,
Kebanyakkan negeri di Malaysia ada loghat masing-masing.
Contohnya Kelantan,Terengganu,Kedah, Sabah dan Sarawak.
Begitu juga Jerman.
Jerman mempunyai 16 negeri (Bundesland).
Memandangkan aku pernah tinggal agak lama di dua negeri yang berbeza,
Jadi aku tahulah serba sedikit psl loghat di sini.
Dulu tinggal di Bayern (Bavaria)
Sekarang tinggal di Nordrhine-Westfallen (North-rhine westphalia)
NRW ringkasnya.
Bayern ada loghatnya sendiri.
Artikel 'der' 'die' dan 'das' pun tak sama macam apa yang aku belajar dulu.
Pernah sekali sembang dengan seorang makcik di Regensburg,Bayern dulu,
Dia cakap punyalah panjang,
Tapi hanya satu perkataan shj yang aku boleh tangkap.
Yang lain semua ke laut china selatan.
Noob gila rasanya masa tu.
Punyalah bersungguh belajar bhs jerman masa di GMi dulu.
Bila pindah ke Münster,rasa lega gila.
Sebab sini kebanyakkannya guna standard german.
Memang mudah nak faham.(Thank God!)

Contoh yang paling ketara,
Di Bayern, kita 'greet' orang lain guna:
Grüß Gott
Di kawasan atas mcm Münster ni:
Hallo 

Pengumuman dalam keretapi pun sama,
Kalau naik keretapi dalam bayern,
Aku tak boleh nak faham langsung apa yang dia cakap.
Tapi bila naik keretapi dlm NRW ni,
Aku boleh faham 100%

Oh ye,seperti bahasa malaysia,
Kita,orang malaysia tak guna bahasa melayu piawai utk berkomunikasi,
Begitu juga di jerman.

Contohnya orang (semenanjung) malaysia mana ada guna 'saya',
kita biasanya sebut 'saye'.

Klu di jerman pula,ini contohnya:
Ich habe jadi Ich hab
Hast du? jadi Haste? 
(Guten) Morgen jadi Moin
eine jadi 'ne

Ich habe eine Frau
Ich hab ne Frau

Itulah serba sedikit psl bahasa.
Bukankah kepelbagaian atau variasi itulah yang membuatkan kehidupan lebih indah? 
Aku setuju.


Comments

Popular posts from this blog

Drawing

Master thesis

The Flash