Peperiksaan separa perubatan SPA
Memandangkan susah sangat untuk jumpa contoh soalan yang diajukan,
Aku berhasrat untuk berkongsi serba-sedikit berkenaan peperiksaan online ni.
Ia mengandungi dua bahagian.
1) Seksyen A
- Terdapat 192 soalan semua sekali
- Jangan bimbang, 192 memang banyak, tapi soalan ditanya semua berkaitan minat, kebolehan dan sewaktun dengannya.
- Pada pengamatan aku, seksyen A ini tujuannya lebih kepada untuk mengetahui kebolehan dan minat kita.
- Aku secara peribadi rasa bahagian ini agak senang.
2) Seksyen B
- Jumlah soalan 50 dan beraneka pilihan.
- Berkaitan dengan pengetahuan am.
- Bagi aku, bahagian kedua ini memang susah dan mencabar.
- Masa yang diberi adalah 40 Minit. Memang tak cukup. Aku tinggal beberapa soalan.
Contoh soalan:
1) Jumlah tulang manusia dewasa?
2) Vitamin yang larut di dalam lemak?
3) Satu mayat ditemui, bagaimana untuk mengetahui mayat itu mayat perempuan atau lelaki?
4) Vitamin yang keluar melalui urin sekiranya diambil secara berlebihan?
5) Apa yang berlaku sekiranya NaCl (garam) diambil secara berlebihan?
6) Dua nodus yang menghantar impuls elektrik kepada jantung?
7) Visi Kementrian Kesihatan Malaysia
8) Salah satu daripada 4 budaya progressif di dalam Gagasan 1Malaysia?
9) Antara berikut yang manakah alat permainan tradisional melayu?
10) Berkaitan dengan tarian Ulek Mayang
11) Antara berikut, golongan manakah yang layak untuk menerima BR1M?
12) Berkaitan Thalassemia
13) Apakah itu kelenjar endokrin?
14) Berkaitan dengan demam kuning
15) Apakah istilah untuk organisma yang mengambil makanan daripada organisma yang telah mati?
16) Vaksin pertama bayi?
17) Berkaitan pembenihan awan?
18) Amalan 5S
19) Fungsi Jabatan kecemasan dan trauma?
20) Di antara berikut, yang manakah bukan bangunan warisan negara?
Itulah serba sedikit soalan yang aku ingat. Pilihan jawapan aku tidak ingat. Tapi sekurang-sekurangnya korang boleh tahu 'pattern' soalan yang ditanya.
Aku harap penulisan aku kali ini dapat membantu korang. Semoga berjaya!
-iA-

Comments