Black hole

Black hole ni secara asasnya satu tempat di dalam mana-mana ruang yang daya tarikannya sangat kuat,
Sehingga jirim (matter) dan cahaya pun xboleh terlepas,

Black holes ada beberapa saiz,
ada yang besar,
ada jugak yang sekecil atom.
anda tahu betapa kecilnya atom ni sebab mata kasar tak boleh nampak atom ni

Tapi point paling penting pasal black hole bukan size,tapi jisim(mass) black hole tersebut
Secara asasnya jisim ni la yang menyebabkan black hole tu ada daya tarikan yang sangat kuat.
Bayangkan black hole yang sebesar atom tapi dari segi jisim 20 kali ganda daripada jisim matahari.

Serba sedikit penerangan pasal graviti ni,

Daya tarikan ni berkadar terus (directly proportional) dengan jisim objek 1 dan objek 2
 dan berkadar songsang (inversely proportional) dengan jarak antara dua objek tersebut.

Maksudnya, daya tarikan makin kuat apabila jisim makin besar,
atau makin lemah apabila semakin jauh antara satu sama lain.



Jadi bayangkan betapa besarnya daya tarikan tu bila mass sesuatu 'objek' tu besar gila,
macam contoh 20 kali ganda daripada jisim matahari.
jisim matahari: 2x10^30 kg

okay,sekarang mari kita bandingkan graviti di permukaan matahari,permukaan bumi dan permukaan bulan.
Seperti yang kita belajar di sekolah rendah dulu,

jisim matahari>jisim bumi>jisim bulan

jadi kalau ikutkan formula di atas,kita akan tahu bahawasanya:

daya tarikan di matahari>daya tarikan di bumi>daya tarikan di bulan

Dipendekkan cerita, jisim meningkat,daya tarikan pun meningkat.

Time dilation dalam cerita Interstellar tu berkait rapat dengan graviti.
Atau lebih tepat 'Gravitational time dilation'
Secara asasnya, masa bergerak lebih perlahan kat tempat yang gravitinya lebih kuat.

Dalam cerita tu ada satu planet rasanya planet miller,
Graviti kat planet ni lebih kuat daripada bumi,
sebab tu dalam cerita tu ada bagitau,
1 jam di planet miller tu bersamaan dengan 7 tahun di bumi.

Kalau si A sekarang berada di matahari (which is impossible),
dan si B pada masa yang sama berada di bumi,
Jam si A menunjukkan satu saat sudah pun berlalu,
tapi jam si B dah 4 saat berlalu (sebagai contoh).
Itulah yang dimaksudkan dengan masa bergerak perlahan pada objek yg gravitinya kuat.

Boleh baca kat sini Black hole

P/s:Itulah serba sedikit,
kalau ada salah silap,silalah betulkan,
aku secara jujur rasa general relativity ni sangat susah,
baca banyak kali pun tak faham faham.
Susah gila atau sampai satu tahap tak boleh pun nak imagine.

Sebab tu Albert Einstein habaq mai: Imaginasi tu lebih penting daripada pengetahuan.









 ;









Comments

Akmal Sabri said…
wahh..menarik2.ak rasa mesti ko minat video ni https://www.youtube.com/watch?v=F8UFGu2M2gM kadang2 kita jarang guna pancaindera kita dalam mengkaji.sekarang nk buat kajian, baca jurnal lah, paper lah.study algorithm dia lah. start dari situ dulu.

Popular posts from this blog

Drawing

Master thesis

The Flash