Hospital

Bagi yang selalu baca blog aku ni,
dia akan tahu,
dah berapa banyak post aku berkaitan dgn hospital ni.

Aku agak kecewalah dengan bajet 2015,
tiap-tiap tahun aku tak pernah miss tengok/dengar Bajet tahunan ni,
Sebab apa?
Sebab nak tahu sama ada Hospital Bachok yang dijanjikan terlaksana ataupun tak.

Sigh.
Tahun 2015 pun masih tak dapat.
Bachok sekarang ni, the only jajahan dalam Kelantan yang takde hospital sendiri.
Satu kenyataan yang amat pahit untuk diterima.

Memanglah kau boleh pergi Hospital Kota bharu,
Atau HUSM di Kubang Kerian,
tapi kena ingat,
kau nak ke sana pakai kereta (petrol obviously)
dan perlukan masa untuk sampai sana.

Kalau daerah tu ada hospital sendiri,
orang kampung yang takde kereta pun boleh pergi dengan motosikal,

Being surrounded dengan orang yang selalu sakit dan perlukan rawatan,
Serius aku rasa Bachok perlukan Hospital sendiri.
Dan bagi aku hospital tu satu keperluan atau kemudahan asas yang wajib disediakan.

Politik,memang tahi.



Comments

Popular posts from this blog

Teori relativiti Einstein

Du