Jerman

Masa di GMi dulu aku rapat dengan seorang ni,
Rapat gila jugaklah,
Makan lps maghrib tu mesti bersama,
Sama ada aku mesej dia,
atau dia mesej aku.
Boleh katakan tiap-tiap harilah.

Bila keputusan A2 keluar,
aku dapat tahu yang dia tak lepas,
sedih jugak masa tu,
tapi tuan punya badan lagilah sedih kan?
lps tahu keputusan A2 tu, kitorang dah tak keluar makan bersama,
memang awkward gila masa tu.

tapi lepas sehari dua,
hubungan kami okay balik.
dia ada bagitau,
salah dia jugak tak study and so on.
katanya mungkin takdir dia untuk belajar di Malaysia je.
tapi sekarang dia bagitau dia dah nmpk hikmah di sebalik tak lepas tu.

Bila aku sampai jerman,
dan mula belajar di uni jerman,
aku sedar satu benda,
korang yang tak lepas ni,
janganlah kecewa,
belajar kat sini sangatlah susah,
Bukan nak discourage,
mahupun nak sedapkan hati sesiapa,
tapi itulah realiti yang perlu dihadapi.
I once wrote how hard my first bachelor semester was for me.
rasanya kalau kau tanya sesiapa yang study kat jerman ni,
jawapan diorang memang akan sebijik-sebijik macam aku.
Unless kalau orang tu bijak melampau,
aku rasa jawapan dia tak samalah.

Ada orang pernah bagitau aku,
''Ala,korang belajar susah pun boleh pergi jalan pusing pusing europe,
Best kot''

Jawapan aku, ya memang misi utama kitorang pun untuk travel, bukan study.

Jadi,apa yang aku cuba sampaikan,

Datang belajar sini tak semestinya berjaya,
Belajar di Malaysia pulak tak semestinya tak berjaya.
You will gain something that others will not and vice versa.
Adil la kan?
Allah is the best planner after all :)

Alles gute für eure Zukunft.



Comments

N-S said…
Betul tu...Allah is the best planner
alvlahoss said…
Thank you for these kind words
Syazatul Atikah said…
Moga hati ini redha :)
mshadows11 said…
Thank you for the word. Semoga berjaya juga di sana !
-Ismail.
idil farhan said…
@N-S :)

@alvlahoss @syazatul @mshadows11 jangan sedih lama-lama. I am sure you guys will succeed too. Good luck!

Popular posts from this blog

Drawing

Master thesis

The Flash