Cinta pelajar sains

A: Kasihku, ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu?

B: Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan proses tindak balas penukargantian seperti dalam kimia organik ke atas diriku.

A : Kau jangan menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini kerana daku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian homogenos ataupun heterogenos.

B: Tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang 1/X dgn kesetiaan yang aku berikan. Isipadu cintaku tetap tak berubah walaupun pada tekanan maksima dan suhu minimum.

A: Tapi cinta dan kasih sayangku padamu adalah pemalar.

B: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang berikan belum lagi sahih dan diiktiraf I.U.P.A.C.

A: Tapi aku menggunakan prinsip Newton ketiga, tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan.

B: Kau jangan berbohong. Aku tahu yang kau ini adalah ‘random’, janji-janji manis yang bergerak secara rawak dan cintamu itu berlanggaran secara kenyal dengan dinding kekasih lamamu.

A: Itu adalah fitnah yang tersebar melalui proses pancaran dan perolakan. Aku telah berikan cintaku dalam bentuk magnitud dan arahnya sekali. Masihkan kau tidak percaya?

B: Ya aku percaya. Tetapi aku mahu itu semua dileraikan menggunakan hukum penyelasiaan segi tiga dan dalam bentuk-bentuk lazim, bukannya dalam bentuk kuadratik atau kubik.

A: Itu suma boleh diabaikan. Yang aku mahu tempoh perkahwinan kita mesti mengalami pecutan yang seragam.

B: Kau harus bersabar kerana sabar itu mendekati nilai 0.5 dari iman.

Comments

Unknown said…
huhu..prof ed mengeluarkn fakta2 yg benar belaka ye berkaitan dgn pelajar sains...

Popular posts from this blog

Basikal 'baru'

Kad Raya dan sekeping Poskad