Inception

Baru-baru ini aku tengok filem Inception.
Sebenarnya itu kali kedua aku tonton cerita ini.
Aku masih lagi ingat, kali pertama aku tengok Inception,
aku asyik garu-garu kepala yang tak gatal.
Lepas itu berhenti tengok buat sementara waktu,
untuk baca beberapa perkara yang berkaitan dengan filem ini.
Contohnya seperti 'lapisan mimpi', 'limbo', 'totem' dan beberapa perkara lain lagi.
Pada pendapat aku, cerita ini memang satu cerita yang berat dan boleh membuatkan penonton berkhayal.
Aku rasa Inception memang tak sesuai untuk orang untuk orang yang selalu tengok cerita untuk isi masa lapang.
Sebab dalam cerita ini ada aspek yang penonton kena fikir dan turut sama berimaginasi.

Sebaik sahaja habis tengok Inception, 
aku baring atas katil untuk tenangkan otak.
sedar-sedar sudah pun pagi. Aku tertidur. 
Jujur aku cakap, filem ini memang memeningkan kepala.

Kepada siapa yang belum tengok filem Inception ini, 
aku memang syorkan tengok,
daripada tengok filem malaysia kita yang temanya masih lagi tentang cinta dan kegiatan gengster.
Lagi satu filem yang aku syorkan kamu semua tengok; filem Memento.
Lain kalilah pula aku tulis pasal cerita Memento.

Salam Ramadan

Comments

Popular posts from this blog

Basikal 'baru'