Dialek
Aku salah seorang pembaca setia artikel oh bahasaku.
Tiga artikel terbaru semuanya berkaitan dengan dialek.
Memandangkan aku dari negeri yang dialeknya agak sukar untuk difahami,
Aku amatlah faham kebimbangan penulis terhadap penggunaan dialek.
Sesetengah aspek yang diutarakan memang betul,
contohnya adik aku sendiri pernah menggunakan dialek di dalam karangan.
Bila dibaca, memang kelakar.
tapi manalah dia tahu perkataan yang betul dalam bahasa melayu standard,
sebab dia dari kecil sampai sekarang sudah terbiasa dengan dialek.
Malah aku sendiri kadang-kadang tidak tahu perkataan atau istilah yang betul.
Contohnya perkataan 'lemau' aku baru sahaja tahu pada tahun 2007,
selepas 17 tahun hidup di Malaysia.
Jadi aku agak adik-adik aku yang lain akan mengalami situasi yang sama,
Aku pernah tulis pengalaman kali pertama belajar dan tinggal di selangor.
daftar dan mula belajar di bulan februari 2006, tapi aku ambil masa 3/4 bulan untuk mula bertegur sapa dengan pelajar lain.
Tapi, untuk menggunakan bahasa melayu piawai sebagai bahasa harian sangatlah mustahil,
bahasa inggeris apatah lagi.
Penulis juga ada menyarankan supaya meninggalkan dialek ketika pembelajaraan diadakan.
Bagi aku ianya mudah, sekiranya menggunakan dialek membolehkan pelajar faham apa yang diajar dengan senang, kenapa perlu abaikan dialek?
Pemahaman itu lebih penting bagi aku, dan mungkin juga bagi para pendidik.
Apa gunanya belajar dalam bahasa melayu piawai sekiranya pemahaman pelajar kekal statik atau tidak meningkat?
Aku biasanya ajar matematik, sains dan juga fizik menggunakan dialek,
pertama sebabnya pelajar mudah untuk faham penerangan,
kedua apabila mereka faham, maka wujudlah interaksi antara pelajar dan pengajar.
Bab kata pepatah inggeris, it's a two-way street.
Jadi, apa pendapat/pandangan kalian?
Jadi, apa pendapat/pandangan kalian?
Artikel oh bahasaku: Dialek dalam situasi formal
Comments