Cinta pelajar sains
A: Kasihku, ketumpatan cintaku padamu adalah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang tanggapan atau kesimpulan dari hasil ujikajiku padamu? B: Aku tak percaya padamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan proses tindak balas penukargantian seperti dalam kimia organik ke atas diriku. A : Kau jangan menyalah ertikan kecerunan garis lurus y=mx+c hatiku ini kerana daku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian homogenos ataupun heterogenos. B: Tapi aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang 1/X dgn kesetiaan yang aku berikan. Isipadu cintaku tetap tak berubah walaupun pada tekanan maksima dan suhu minimum. A: Tapi cinta dan kasih sayangku padamu adalah pemalar. B: Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang berikan belum lagi sahih dan diiktiraf I.U.P.A.C. A: Tapi aku menggunakan prinsip Newton ketiga, tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan. B: Kau jangan berbohong. Aku tahu yang kau ini adala...