Posts

Showing posts from February, 2016

Dialek

Aku salah seorang pembaca setia artikel oh bahasaku. Tiga artikel terbaru semuanya berkaitan dengan dialek. Memandangkan aku dari negeri yang dialeknya agak sukar untuk difahami, Aku amatlah faham kebimbangan penulis terhadap penggunaan dialek. Sesetengah aspek yang diutarakan memang betul,  contohnya adik aku sendiri pernah menggunakan dialek di dalam karangan. Bila dibaca, memang kelakar. tapi manalah dia tahu perkataan yang betul dalam bahasa melayu standard, sebab dia dari kecil sampai sekarang sudah terbiasa dengan dialek. Malah aku sendiri kadang-kadang tidak tahu perkataan atau istilah yang betul. Contohnya perkataan 'lemau' aku baru sahaja tahu pada tahun 2007, selepas 17 tahun hidup di Malaysia. Jadi aku agak adik-adik aku yang lain akan mengalami situasi yang sama, Aku pernah tulis pengalaman kali pertama belajar dan tinggal di selangor. daftar dan mula belajar di bulan februari 2006, tapi aku ambil masa 3/4 bulan untuk mula bertegur sap